Skuad B-22 Negara Perlu Lebih Banyak Ujian - Bernhardt

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Ketua Jurulatih Bawah 22 Tahun negara, Frank Bernhardt menagih lebih banyak perlawanan antarabangsa untuk skuadnya bagi memastikan fokus emas Sukan Sea tahun depan berada di landasan tepat.

Kali terakhir skuad muda negara ini berkumpul ketika aksi persahabatan di Jepun Jun lalu dan selepas itu pemain-pemain terlibat dengan aksi Liga Malaysia bersama pasukan masing-masing.

"Sekiranya kami hanya mengikut jadual yang sedia ada mengikut kalendar Fifa, kita hanya ada dua perlawanan sahaja untuk tahun depan.

"Sudah pasti ia tidak cukup untuk persiapan skuad untuk meraih pingat emas pada Sukan Sea nanti," jelasnya selepas sidang media perlawanan persahabatan bertemu skuad Bawah 22 Bahrain pada Selasa.

Mengenai perlawanan persahabatan yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada Selasa, Bernhardt menjelaskan terdapat beberapa muka baharu yang pertama kali hadir pada sesi kali ini.

"Kami akan cuba bermain dengan gaya sendiri dan cuba mengatasi tekanan dalam permainan sebaik mungkin.

"Dalam masa sama juga akan cuba bermain secara bertahan sambil mencari peluang mencipta jaringan kerana sudah tentu kami ingin menang.

"Dalam masa sama juga, saya akui bukan mudah buat pemain-pemain yang pertama kali menyertai kem ini bagi mendapat tahap ya g sama dengan pemain-pemain lain yang sudah menjalani latihan sebelum ini.

"Mengenai Dominic Tan, dia sudah hadir semalam, cuma terdapat salah faham sedikit mengenai kelewatannya hadir ke kem ini," ulasnya mengenai kelewatan pemain JDT II itu.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Bahrin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan