Wenger Dedah Mustafi, Perez Lulus Ujian Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger mendedahkan banyak lagi berita gembira yang bakal muncul selepas skuadnya menang selesa ke atas Watford 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad.

Pada perlawanan tersebut, Santi Cazorla, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil mencatat nama sebagai penjaring di Vicarage Road itu.

Manakala gol tunggal tuan rumah dilakukan oleh pemain baharu Roberto Pereyra yang membuat penampilan pertama bersama Watford.

The Gunners mencatat kemenangan pertama musim ini selepas aksi pembukaan yang hambar dengan tewas kepada Liverpool (3-4) serta seri tanpa jaringan ke atas juara bertahan, Leicester City sebelum ini.

"Saya yakin ia persembahan yang hebat secara keseluruhannya.

"Banyak peluang terbuka pada separuh masa pertama da mencatat 3-0. 

"Manakala separuh masa kedua kami juga banyak mencipta peluang gol, tetapi kami kekurangan 'sesuatu' pada sentuhan akhir, seperti mana yang berlaku di Leicester.

"Kami tidak mampu untuk mengekalkan fokus dalam tempoh 90 minit kerana kekuatan fizikal yang sama, namun ianya satu prestasi yang semakin baik," jelasnya.

Dalam pada itu, Wenger turut mengesahkan perancangan membawa Shkodran Mustafi dan Lucas Perez di peringkat terakhir selepas mereka berdua lulus ujian kesihatan pada Jumaat.

Shkodran Mustafi


Pemain pertahanan Valencia, Mustafi serta penyerang Deportivo Perez dijangka akan memberi momentum positif kepada skuad Wenger.

"Kelab semakin hampir mendapatkan mereka.

"Kedua-duanya sudah menjalani ujian kesihatan dan kami pula sudah menyelesaikan kertas kerja.

"Saya tidak tahu lebih lanjut bila kami akan mengumumkannya. Kemungkinan awal minggu ini," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan