Khairy Kunci Mulut Isu 'Pendrive'

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengambil sikap kunci mulut berhubung isu pemacu pena atau pendrive yang diserahkan kepadanya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Khairy yang ditemui pemberita pada program Fit Selangor di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, di sini, pagi Sabtu mengelak daripada menjawab soalan wartawan mengenai perkara tersebut.

Pada Jumaat, dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan bahawa pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu telah menyerahkan 'pendrive' yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak (FAM) kepada Khairy ketika menerima kunjungan menteri itu di Istana Bukit Pelangi, Johor Baharu.

Menurut laman Facebook itu, Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.

Sementara itu, Khairy dalam ucapannya pada program itu berkata beliau menyasarkan enam juta penyertaan pada sambutan Hari Sukan Negara tahun ini susulan kejayaan program itu pada tahun lepas.

Sebanyak 8,915 peserta mengambil bahagian dalam program Fit Selangor dalam acara larian 5 kilometer dan 10 kilometer serta berbasikal 30 kilometer dan 10 kilometer.

Tags / Kata Kunci: TMJ , Khairy Jamaluddin , isu pendrive , FAM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan