Man United Umum Andreas Pereira Dipinjamkan Ke Granada

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 8:09 AM

Andreas Pereira. (foto: laman web Man United)

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Manchester United Andreas Pereira dipinjamkan ke Granada untuk beraksi dalam La Liga selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan terma perpindahannya musim ini.

Pemain dari Brazil berusia 20 tahun itu, yang membuat 13 penampilan ketika bersama Louis van Gaal telah turun berlatih dengan dengan rakan sepasukan baharunya di Sepanyol pada Jumaat.


Pereira menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan pra-musim di bawah Jose Mourinho di Wigan Athletic tetapi pengurus Portugis itu merasakan bahawa perkembangannya akan lebih baik jika dia bermain dengan lebih kerap di tempat lain.

"Saya sukakan Andreas Pereira sebagai pemain dan saya senang jika dia berada dalam skuad saya," kata Mourinho pada sidang akhbar Jumaat.

"Tetapi dia akan pergi ke Granada."

Granada kini sudah mempunyai beberapa pemain yang dipinjamkan, termasuk Jeremie Bogie dan Victorien Angban dari Chelsea dan Jon Toral dari Arsenal.

Pereira menjadi pemain kelima United yang dipinjamkan oleh Mourinho, mengikuti jejak langkah Guillermo Varela (Eintracht Frankfurt), Adnan Januzaj (Sunderland), James Wilson (Derby) dan Cameron Borthwick-Jackson (Wolves).
Tags / Kata Kunci: Andreas Pereira , Jose Mourinho , Granada

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan