West Ham Gagal Sekat Astra

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

WEST Ham gagal mara ke aksi peringkat kumpulan Liga Europa selepas tewas 0-1 kepada Astra Giurgiu di Stadium London, awal pagi Jumaat.

Selepas terikat 1-1 di gelanggang lawan minggu lalu, West Ham bergelut untuk mencari mata penyamaan selepas pemain Astra, Filipe Teixeira menjaringkan gol pada minit ke-45.

Ashley Fletcher nyaris mengikat kedudukan tetapi percubaannya tersasar.

Penyokong tuan rumah bergegas meninggalkan stadium beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan menyebabkan stadium lengang.

"Ini satu kekalahan besar. Kami tidak bermain dengan bagus pada babak pertama tapi kami bangkit di separuh masa kedua," kata Pengurus West Ham, Slaven Bilic.

Terdahulu, Bilic menekankan kepentingan untuk menyempurnakan tugasnya membantu West Ham mara ke saingan peringkat kumpulan Liga Europa selepas memulakan kempen kemaraan pada Julai lalu.

Namun, mereka gagal menyekat kedegilan Astra yang berjaya membolosi gawang dengan salah satu daripada dua percubaan mereka.

Ketiadaan The Hammers meninggalkan hanya Manchester United dan Southampton dari pasukan Liga Perdana Inggeris layak untuk peringkat undian Jumaat ini.

Kedua-dua pasukan kini melangkah ke peringkat kumpulan selepas menamatkan kedudukan di tempat kelima dan keenam dalam aksi EPL musim lalu manakala West Ham di tangga ketujuh.



Tags / Kata Kunci: Liga Europa , West Ham

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan