'Tunjuk Kesetiaan Anda Kepada JDT' - Tunku Tun Aminah

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 10:50 AM

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tunjukkan kesetiaan anda dalam waktu senang dan susah.

Presiden kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang baharu dilantik, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim mengajak penyokong Harimau Selatan itu berdiri di belakang pasukan setiap masa.

Tunku Tun Aminah yang mengambil alih jawatan tersebut daripada kakandanya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penyokong harus terus menyokong pasukan dan pemain tidak kira apa sahaja keputusan yang diperolehi... walaupun jika pasukan itu tidak menang sepanjang masa.

"Anda tidak mungkin menang dalam setiap perlawanan... menang atau kalah, kesetiaan dan sokongan anda kepada pemain amat penting.

"Kadang kala, saya sedar ketika JDT menang semua orang gembira... tetapi apabila tewas tiba-tiba semua orang hilang. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana perlu ada kesetiaan kepada kelab ini," katanya pada sidang media selepas majlis memperkenalkan beliau sebagai presiden baharu JDT di Stadium Larkin pada Khamis.

Pelantikan Tunku Tun Aminah sebagai presiden JDT sudah diumumkan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers bulan lalu.

Tunku Tun Aminah berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki nasib pasukan itu pada masa akan datang.

"Saya amat terkejut dengan pelantikan sebagai presiden tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu kelab ini bergerak ke hadapan," katanya.

Menurut Tunku Tun Aminah, beliau akan memberi perhatian terhadap pembangunan akademi bola sepak terutama dalam mencungkil bakat muda untuk JDT.

Beliau juga mempertimbangkan cadangan daripada penyokong untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita JDT pada masa akan datang.

Di bawah kepimpinan Tunku Ismail, JDT setakat ini berjaya memenangi empat kejuaraan di dalam mahupun luar negara sejak penubuhan kelab itu pada 2013.

Pada musim lalu, JDT menjadi pasukan Malaysia pertama memenangi Piala AFC.

Pada tahun ini, mereka memenangi Piala FA dan semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut.



Tags / Kata Kunci: JDT , Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan