Man City Perkenal Bravo Penjaga Gol Baharu Ganti Hart

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 12:18 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City akhirnya memperkenalkan Claudio Bravo sebagai penjaga gol baharu musim ini, menggantikan Joe Hart.

Bravo dari Barcelona secara rasminya berpindah ke Manchester City dengan perjanjian kontrak selama empat tahun mengambil alih posisi Hart yang diberi kebebasan mencari kelab lain dan meninggalkan Stadium Etihad musim ini.

Perpindahan pemain antarabangsa Chile itu sah menjadi milik City selepas beberapa jam Barcelona memperkenalkan Jasper Cillessen dari Ajax sebagai pengganti Bravo.

City dilaporkan membayar 17 juta pound untuk mendapatkan Bravo selepas Pep Guardiola menganggap Hart tidak memenuhi kehendaknya sebagai penjaga gol.

"Saya sangat berbangga dapat menyertai Manchester City. Saya sedar kelab ini sedang membina sesuatu yang istimewa dan berharap saya boleh menjadi sebahagian daripada kejayaan akan datang.

"Saya telah mengikuti perkembangan City sejak beberapa tahun sebelum ini dan sangat jelas beberapa rakan baharu di sini juga adalah dari Copa Amerika.

"Bukan mudah untuk meninggalkan sebuah kelab seperti Barcelona yang telah memberi tempoh hebat selama dua tahun ketika saya berada di sana, tetapi peluang untuk bekerja bersama Pep Guardiola terlalu sukar untuk ditolak.

Bravo tiba di Manchester City pada Selasa lalu.


"Sekarang saya akan cuba memberi saingan kepada semua penjaga gol di kelab lain dan berharap kami akan dapat mengumpul banyak trofi dengan kerjasama ini," jelas Bravo dalam laporan DailyMail.

Sementara itu, Guardiola berkata: "Claudio merupakan penjaga gol yang hebat dan tambahan kepada skuad untuk lebih cemerlang.

"Dia berpengalaman, mempunyai sikap kepimpinan yang berkualiti dalam dirinya. Dia adalah penjaga gol yang saya minati sejak beberapa tahun sebelum ini dan kini saya sangat gembira kerana dia adalah pemain City".

Bravo,33, tiba di Manchester pada Selasa lalu ketika City beraksi dalam pusingan kelayakan kedua saingan Liga Juara-Juara bertemu Steaua Bucharest.

Pada aksi tersebut, Hart turun sebagai kapten City ketika kemenangan 1-0 yang sekaligus menjadi penampilan terakhir bersama kelab yang disertainya sejak tahun 2006. 


Hart beremosi selepas penampilan terakhirnya bersama City.

Selain Bravo, seorang lagi pemain baharu Guardiola iaitu Willy Caballero bakal menjadi penjaga gol kedua skuad City.



Profil Bravo sebagai penjaga gol:

Colo-Colo: Campeonato Nacional (2006)

Real Sociedad: Segunda Division (2010)

Barcelona: Liga Sepanyol (2015, 2016), Copa Del Rey (2015, 2016), Liga Juara-Juara (2015), Piala Super UEFA  (2015), Piala Kelab Dunia (2015), Piala Super Sepanyol (2016)

Chile: Copa America (2015, 2016) 


Tags / Kata Kunci: Jor Hart , Claudio Bravo , Manchester City

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan