Liga Juara-Juara Eropah: Barca Berdepan Man City

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 7:48 AM

Clarence Seedorf menunjukkan kertas undi yang menunjukkan Barcelona berada dalam kumpulan yang sama dengan Manchester City, Borussia Monchengladbach dan Celtic.

(Ubah saiz teks)

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) telah selesai menjalankan proses pengundian peringkat kumpulan bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2016/17, di Monaco, awal pagi Jumaat.

Undian dilakukan oleh legenda-legenda bola sepak dunia seperti bekas pemain Brazil, Roberto Carlos, bekas pemain Belanda, Ruud van Nistelrooy dan Clarence Seedorf serta bekas pemain Liverpool Ian Rush.


Legenda bola sepak Arsenal, Thierry Henry turut dijemput untuk mencabut undi.

Berdasarkan hasil undian, juara bertahan Real Madrid berada di Kumpulan F bersama Borussia Dortmund, Sporting.

Kumpulan C bakal menyaksikan saingan menarik apabila kelab raksasa Sepanyol, Barcelona kembali bertemu Manchester City, yang kini dibimbing Pep Guardilola.

Juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City pula berada dalam kelompok pasukan yang tidak kurang hebatnya. Berada dalam Kumpulan G, Leicester bakal bertemu Porto dan Brugge.

Sementara itu, Atletico Madrid kembali berdepan dengan Bayern Muenchen, pasukan yang mampu disingkirkan mereka di peringkat separuh akhir musim lalu.

Mereka kini berada di Kumpulan D bersama juara Eredivisie Belanda, PSV Eindhoven dan wakil Rusia, Rostov, yang menyingkirkan Ajax di babak play-off.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan