United Kelab Terakhir Saya - Schweinsteiger

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 11:42 AM

Bastian Schweinsteiger.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Manchester United Bastian Schweinsteiger menegaskan Red Devils akan menjadi kelab terakhirnya di Eropah.

Selepas timbul khabar angin dia mahu meninggalkan Old Trafford, pemain kelahiran Jerman itu menegaskan United merupakan kelab terakhirnya di pentas Eropah.

Pemain berusia 32 tahun itu disisihkan hampir dalam setiap perlawanan oleh Pengurus Jose Mourinho.

Berikutan itu, beberapa penyokongnya meminta dia kembali ke Bayern Munich selepas kecewa dengan layanan yang diterimanya di England.

Namun Schweinsteiger menerusi laman Twitternya berkata: "MUFC akan menjadi kelab terakhir saya di Eropah. Saya menghormati kelab lain tetapi Manchester United satu-satunya kelab yang membuatkan saya mengubah fikiran untuk meninggalkan Bayern Munich.

"Saya akan bersedia jika pasukan memerlukan saya. Ini apa yang boleh saya katakan selepas mengambil kira situasi terkini. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong di atas segala sokongan menakjubkan sejak beberapa minggu ini," katanya.

Schweinsteiger menyertai United pada musim panas lalu dari Bayern Munich.

Namun dia sering bergelut dengan kecergasan dan tidak berada pada prestasi terbaiknya sehingga menyebabkannya jarang diturunkan semasa di bawah Louis van Gaal.



iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan