'Million Dollar Feet' Program Pencarian Pemain Muda

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 10:42 PM

Peter de Kretser (kiri) bersama Steve McMahon dan Pengarah Urusan Brickfield Asia College Raja Singham pada majlis perasmian misi mencari bakat bola sepak baharu Million Dollar Feet pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biarpun hanya mempunyai ketinggian 150 sentimeter, Muhammad Firdous Haykeel Mohamad Amin, 12, sudah memasang impian besar untuk beraksi bersama gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid pada masa akan datang.

Mula bermain bola sepak empat tahun lepas, Firdous Haykeel memilih Real Madrid kerana minat serta 'kegilaan' beliau terhadap idolanya, Cristiano Ronaldo dari Portugal.

Bagi menjadikan impiannya menjadi kenyataan, pelajar Sekolah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya itu memilih 'Million Dollar Feet (MDF)', iaitu program pencarian bakat muda bola sepak di seluruh negara, untuk mencuba nasib di Eropah menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, beliau terpaksa bersaing dengan kira-kira 10,000 pemain bola sepak berusia antara 11 dan 14 tahun dari seluruh negara, dengan hanya dua pemain terbaik akan dipilih menyertai program itu, yang ditanggung sepenuhnya ke United Kingdom (UK).

"Saya amat teruja dan gembira untuk menyertai program MDF ini. Saya mahu menjadi bintang bola sepak seperti Ronaldo pada masa depan," kata pelatih Akademi City Youth itu pada sidang media MDF di Brickfields Asia College (BAC) pada Khamis.

Menurut pengasas dan pengarah MDF, Peter de Krester, dua pemain bola sepak muda akan dipilih berdasarkan kepada bakat dan kredibiliti, selepas sesi ujian dilakukan bekas pemain England dan legenda Liverpool, Steve McMahon di Pulau Pinang pada 24-25 Sept, Kuantan (1-2 Okt), Kuching (8-9 Okt), Johor Baharu (14-15 Okt) dan Kuala Lumpur (21-22 Okt).

Pemilihan akhir akan diadakan di Dataran Merdeka pada 23 Oktober bagi memilihdua pemain yang akan merasai pengalaman berharga selama 10 hari di UK, dengan berpeluang diintai oleh pencari bakat daripada kelab bola sepak terkenal Eropah.

Sementara itu, McMahon yang akan menjadi ketua jurulatih MDF, percaya tiada halangan bagi rakyat Malaysia untuk berkembang maju dalam arena bola sepak antarabangsa, seperti Neymar dan Lionel Messi.

"Apa diperlukan adalah platform sebagai batu loncatan kepada pemain muda tempatan berbakat dan MDF menyediakan peluang yang tepat ini. Apa yang kita perlukan daripada mereka ialah dedikasi, komitmen, ketepatan masa dan kecergasan...semua ini ramuan yang penting," katanya.

 Pendaftaran secara dalam talian bagi menyertai MDF dengan bayaran RM18 kini dibuka menerusi www.milliondollarfeet.com, dan akan ditutup apabila penyertaan maksimum 2,000 slot bagi setiap satu daripada lima venue pemilihan itu.

Program MDF yang diperkenalkan BAC dan disokong EduNation, ditaja oleh New Balance, Kenny Rogers Roasters, 100Plus, LAC Packaging and Printing Press serta Anita Gist and Souvenir. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Million Dollar Feet

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan