Danny Drinkwater Setuju Kontrak Baharu Leicester City

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 7:58 AM

Danny Drinkwater.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah England, Danny Drinkwater bersetuju dengan kontrak baharu selama empat tahun bersama Leicester City.

Pemain berusia 26 tahun itu sedia untuk kembali ke England di bawah pengurusan Sam Allardyce selepas tidak menyertai Euro 2016.

Malah beliau turut komited terhadap masa depannya bersama Leicester City dengan menerima perjanjian baharu bernilai kira-kira £90,000 (RM481,627.64) seminggu. 

Kontrak Drinkwater ketika ini sehingga 2018.

Selain Drinkwater, pemain lain yang turut bersetuju dengan perjanjian baharu jangka panjang Leicester City ialah Riyad Mahrez, Jamie Vardy dan Kasper Schmeichel. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Danny Drinkwater

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan