City Lepasi Halangan Play Off

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 11:21 AM

Hart diturunkan ketika menentang Steaua Bucharest, awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City menggunakan kelebihan pada pusingan pertama di gelanggang lawan untuk melepasi perlawanan kedua play off Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, awal pagi Khamis.

City akan beraksi buat kali keenam berturut-turut dalam kejohanan Eropah itu selepas menundukkan Steaua Bucharest 1-0.

Jaringan tunggal City disumbangkan Fabian Delph pada minit ke-56.

Dengan kemenangan itu City melengkapkan perlawanan itu dengan agregat 6-0.

Penjaga gol, Joe Hart mungkin beraksi dalam penampilan terakhirnya selepas hilang posisi utama di bawah jurulatih baharu, Pep Guardiola.

"Kami mempunyai pengurus terbaik yang kelab mahukan sejak dulu lagi dan dia mempunyai pandangan tersendiri mengenai beberapa perkara.

"Ini adalah sebuah tempat yang saya gemari, namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Saya perlu menghadapinya," kata Hart.

City semakin hampir memuktamadkan perpindahan penjaga gol Barcelona, Claudio Bravo yang akan menamatkan karier jangka panjang Hart di Stadium Etihad.

Guardiola berpendapat Hart masih belum cukup bagus untuk City dan pernah memberitahu penjaga gol kebangsaan England itu bebas untuk meninggalkan kelab.

"Biarpun dengan apa yang diberitahu, saya sebenarnya berhadapan situasi itu sebagai seorang lelaki yang matang dan akhirnya jalan penyelesaian dapat dicari," kata Hart.

Sementara itu, Borussia Moenchengladbach turut melepasi perlawanan play off selepas menewaskan Young Boys 6-1.

Raffael dan Thorgan Hazard masing-masing meledak hatrik bagi membantu Moenchengladbach untuk memuktamadkan kemenangan dengan agregat 9-2.



Tags / Kata Kunci: Joe Hart , Manchester City , play off

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan