Roma Gagal Ke Liga Juara-Juara, Tewas Kepada Porto

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB gergasi Itali, Roma gagal mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas dua pemainnya dibuang padang ketika mereka tewas 0-3 di halaman sendiri kepada Porto pada aksi timbal balik kedua playoff, awal pagi Rabu.

Pada aksi timbal balik pertama, Roma terikat 1-1 selepas Thomas Vermaelen dibuang padang dan peristiwa itu sekali lagi berlaku apabila Daniele De Rossi dikeluarkan pada minit ke-39.

Pasukan tuan rumah itu terus dirundung malang apabila Emerson Palmieri turut mengekori jejak rakan sepasukan dibuang padang lima minit selepas rehat babak pertama.

Meskipun beraksi dengan hanya sembilan pemain, Roma bagaimanapun berusaha keras tetapi tidak mampu menafikan jaringan pembukaan perlawanan oleh Felipe Augusto.

Porto terus melebarkan penguasaan menerusi jaringan Miguel Layun dan Jesus Corona.

"Kami melakukan persediaan dengan baik tetapi permulaan kami sangat teruk.

"Kami bermain sekarang ini dengan sembilan pemain. Ia boleh menjadi satu masalah mental kerana secara fizikalnya kami berada dalam keadaan baik.

"Kami tahu apa yang perlu dilakukan di atas padang tetapi kami tidak mampu melaksanakannya. Kami tidak bermain dengan baik dan saya tidak tahu kenapa," kata pemain tengah Roma, Kevin Strootman.

Walaupun Roma cuba menguasai semula perlawanan, Strootman menyifatkan jaringan Layun sebagai tamparan besar buat mereka.

"Biarpun dengan sembilan pemain, kami tetap mencuba yang terbaik.

"Namun apabila sudah ketinggalan 2-0, semuanya sudah berakhir. Sukar untuk bangkit, kami amat kecewa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Roma , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan