Real Madrid Mahu Ikat Bale, Ronaldo, Odegaard Dengan Kontrak Baharu

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 8:02 AM

Cristiano Ronaldo.

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid berhasrat untuk membuat tiga kontrak bagi memperbaharui semula perjanjian yang akan mengikat Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo sehingga 2021 dan melanjutkan perjanjian bersama Martin Odegaard bagi tempoh yang sama.

Marca pada Selasa melaporkan bahawa Bale sudah pun bersetuju dengan perjanjian lima tahun.

Ia akan melanjutkan tempoh dua tahun daripada kontrak semasanya yang berakhir pada 2019 kepada 2021.

Bagaimanapun, Sportsmail difahamkan bahawa masih belum sebarang persetujuan atau ditandatangani oleh Bale setakat ini.

Pemain itu mempunyai baki kontrak selama tiga tahun lagi bersama Real Madrid.

Kelab tersebut juga mahu melanjutkan perjanjian dengan Ronaldo sehingga 2020 menerusi tambahan setahun lagi, yang mana bintang bola sepak itu akan berusia 36 tahun.

Langkah untuk melanjutkan kontrak Odegaard selepas terdapat usaha untuk membawanya keluar menerusi pinjaman pada musim ini.

Kelab Rennes berharap untuk mengambil pemain itu ke Ligue 1 Perancis tetapi dikatakan mereka kini bimbang akan melanggar peraturan Fifa berhubung menandatangani perjanjian dengan pemain bawah umur.

Madrid telah menjelaskan bahawa mereka mahu Odegaard dalam jangka panjang tetapi mengumumkan mengenai hasrat itu secara terbuka untuk melanjutkan kontrak semasa pemain itu sehingga 2021. - Mail Online



iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan