Chelsea, Liverpool Mara Pusingan Ketiga Piala Liga

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 7:43 AM

Aksi pemain Chelsea, Michy Batshuayi sewaktu menjaringkan gol ketiga buat kelab itu ketika menentang Bristol Rovers pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi Rabu. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

DUA kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Chelsea mara ke pusingan ketiga Piala Liga selepas masing-masing menewaskan pasukan lawan dalam perlawanan pusingan kedua, awal pagi Rabu.

Liverpool yang berdepan dengan Burton Albion meraih kemenangan besar dengan keputusan 5-0.

Babak pertama perlawanan diungguli oleh dua jaringan pemain Divock Origi pada minit ke-15, Roberto Firmino (22').

Tambahan tiga gol pada babak kedua menerusi aksi Tom Naylor (61') dan Daniel Sturridge (78', 83').

Sementara itu, di Stamford Bridge, Chelsea menang tipis ke atas Bristol Rovers dengan 3-2.

Pemain Michy Batshuayi menjadi jaguh buat Chelsea selepas memberikan dua gol buat kelab itu pada minit ke-29 dan ke-41.

Satu lagi jaringan dicatatkan oleh Victor Moses pada minit ke-31.

Pasukan lawan, Bristol Rovers hanya mampu berpuas hati dengan dua gol menerusi jaringan Peter Hatley (34') dan Ellis Harrison menerusi tendangan penalti (48').




iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan