Kedah Kecewakan Kelantan 2-1

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 11:48 PM

Pemain Kelantan Wan Zack Haikal diasak pemain Kedah Khairul Helmi Johari dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam Rabu. 
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KEDAH berjaya menundukkan skuad Pahlawan Merah, Kelantan selepas menang tipis 2-1 dalam aksi Liga Super di Kota Bharu pada Rabu malam.

Skuad Helang Merah yang turun dengan misi tiga mata bagaimanapun dipaksa berhempas sehingga ke minit terakhir perlawanan sebelum berjaya membawa pulang kemenangan.

Perlawanan itu yang bermula dengan penuh bertenaga menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi menadapatkan gol awal.

Meskipun tanpa khidmat pertahanan importnya, namun Kedah dilihat berjaya mempertahankan gawangnya dengan aksi cemerlang penjaga gol, Ifwat Akmal Che Kasim.

Usaha memburu jaringan akhirnya memihak kepada pasukan pelawat pada minit ke-20 menerusi rembatan kencang Halim Shaari hasil hantaran lingtang Thiago Augusto.

Hasil jaringan itu juga, anak didik Tan Cheng Hoe yang mendapat semangat baharu terus menggandakan usaha untuk bagi memburu gol kedua.

Bagaimanapun pertahanan ampuh skuad tuan rumah berjaya menamatkan babak pertama dengan kedudukan 1-0 berpihak kepada Kedah.

Perlawanan yang bersambung babak kedua digunakan sebaiknya oleh Kelantan untuk memburu jaringan penyamaan seterusnya cuba mendapatkan kemenangan di laman sendiri.

Hasilnya pada minit ke-78, Wan Zack Haikal Wan Noor berjaya merembat masuk bola hantaran Wander Louis Junior untuk menyamakan kedudukan.

Berbekalkan jaringan penyamaan itu, Kelantan terus melakukan serangan ke arah kubu Kedah untuk mendapatkan gol kemenangan.

Malangnya, Ifwat Akmal berjaya menafikan cubaan pemain tuan rumah.

Ketua Jurulatih Kelantan, Velizar Popov yang tidak putus memberi arahan kepada pemainnya diarah berada di bangku penonton oleh pengadil perlawanan selepas mendapat amaran sebelum itu.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri 1-1, Baddrol Bakhtiar berjaya memastikan Kedah pulang dengan tiga mata menerusi jaringan kedua pasukan pelawat.

Gol itu dijaringkan pada minit ke-92, ketika masa tambahan diberikan selamat empat minit.
Tags / Kata Kunci: Helang Merah , Liga Super , Baddrol Bakhtiar

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan