Jose Mourinho Dedah Tolak Tawaran Dua Negara

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 7:23 AM

Jose Mourinho.

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mendedahkan beliau menolak dua tawaran di Sepanyol dan Itali kerana mahu berada dalam Liga Perdana Inggeris dan menguruskan Manchester United.

Pengurus kelahiran Portugal itu percaya wujudnya kompetitif dalam dunia bola sepak Inggeris di mana lebih banyak permintaan dan mengujakan berbanding liga yang hanya didominasi beberapa kelab.

Bercakap kepada Gazetta Sport, Mourinho berkata, "Saya mempunyai peluang untuk pergi ke Itali atau Sepanyol kerana pengalaman saya tetapi Liga Perdana Inggeris begitu istimewa.

"Di beberapa negara, kelab-kelab besar sentiasa mahu menjadi terbaik dan meninggalkan yang lain di belakang sehingga menjadi semakin kecil.

"Ia berlaku sebaliknya di England. Di sini, mereka mahu semua kelab dalam liga menjadi kompetitif."

Kehebatan Mourinho sebagai pengurus Manchester United mula dirasai apabila kelab itu memperoleh kemenangan pada dua perlawanan pertamanya bagi Liga Perdana Inggeris. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan