Arsene Wenger Akui Sedang Dapatkan Shkodran Mustafi

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 9:07 AM

Shkodran Mustafi

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger mengesahkan mengenai minatnya terhadap pertahanan Valencia, Shkodran Mustafi dan berharap Arsenal dapat melengkapkan pemindahan pemain berkenaan secepat mungkin.

Wenger perlu mendapatkan Mustafi selepas Per Mertesacker mengalami kecederaan dan perlu berehat sehingga Disember ini.

Jonny Evans, Simon Kjaer dan Omer Toprak antara nama yang disenarai pendek oleh kelab berkenaan, namun Wenger mahukan Mustafi untuk skuadnya.

"Mustafi? Kami berharap semuanya akan selesai. Dia adalah salah seorang daripada pemain yang sedang kami lihat," kata Wenger kepada sebuah stesen televisyen Perancis, SFR Sport.

Tambahnya, Arsenal sedang berusaha mendapatkan pemain yang dikehendaki itu.

"Mustafi salah seroang daripada pemain yang sedang kami lihat tetapi masih dalam perbincangan.

Mustafi yang merupakan pemain Jerman dijangka akan dilepaskan Valencia pada harga £25 juta.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Valencia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan