Suarez Cipta Hatrik, Barca Menang Besar

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 8:59 AM

Suarez meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG sensasi Barcelona, Luis Suarez menjaringkan hatrik pada aksi pembuka tirai La Liga yang menyaksikan pasukan tuan rumah itu menang 6-2 ke atas Real Betis.

Arda Turan meledak gol awal untuk Barca dari jarak dekat seawal minit keenam sebelum Ruben Castro menyamakan kedudukan untuk Real Betis menerusi sepakan percuma.

Barca melakukan serangan balas menerusi jaringan Lionel Messi pada minit ke-37 sebelum Suarez meledak gol untuk meletakkan kedudukan 3-1 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, Suarez menjaringkan gol keempat Barca manakala Messi terus melebarkan penguasaan tuan rumah apabila sepakan menerjah gawang pasukan pelawat.

Suarez melengkapkan gol keenam Barca pada minit ke-82.

Real Betis bangkit melakukan serangan balas menerusi gol Castro ketika perlawanan berbaki enam minit tetapi ianya sudah terlambat untuk merapatkan jurang mata.

Pada musim lalu, Suarez turut diangkat sebagai penjaring terbanyak La Liga dengan 40 gol.

Kini dia sudah menjaringkan 17 gol dalam enam perlawanan liga.

Ia merupakan perlawanan ketiga Barca pada musim ini selepas menundukkan Sevilla 2-0 dan 3-0 pada pusinga kedua Piala Super Sepanyol.

Senarai pemain:

BARCELONA: Bravo, Piqué, Rakitic, Sergio, Denis, Arda, Suárez, Messi, J.Alba, S.Roberto, Umtiti.

REAL BETIS: Adan, Cejudo, Bruno, Mandi, Pezzella, Durmisi, Petros, Jonas, Felipe, Sanabria, Ruben Castro.


Tags / Kata Kunci: Luis Suarez , Barcelona , La Liga

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan