PDRM, PKNS FC Isi Dua Slot Suku Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 7:00 AM

Pemain JDT, Safee Sali (kiri) cuba mengawal bola dari pemain pasukan PKNS FC pada perlawanan Kumpulan C, Piala Malaysia 2016 antara Pasukan PKNS FC bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PKNS FC mengisi dua slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas berakhir perlawanan Kumpulan C, malam Sabtu.

PDRM menewaskan Perak 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka, sekali gus muncul juara kumpulan dengan kutipan 10 mata, manakala PKNS FC mengiringi mereka dengan kutipan lapan mata setelah seri 1-1 berdepan juara Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam.

Pada aksi di Melaka, PDRM mendahului 2-0 hasil jaringan Guilherme de Paula pada minit ke-21 dan Muhd Fakhrul Aiman Sidid pada minit ke-58, sebelum Elias Fernandez mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-65.

Di Shah Alam, PKNS FC membuka tirai jaringan menerusi pemain import dari Palestin, Matias Hadwa seawal minit ketiga perlawanan sebelum bekas pemain kebangsaan, Safee Sali menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-42.

Dalam pada itu, dua pasukan yang sudah mengesahkan tiket ke suku akhir iaitu Selangor dan Kelantan mengalami nasib berbeza pada aksi terakhir Kumpulan B.

Selangor yang juga juara bertahan, seri 1-1 berdepan Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, manakala Kelantan yang menurunkan barisan kedua tewas 0-2 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Enam pasukan sudah melayakkan diri ke suku akhir sebelum ini iaitu Kedah dan T-Team dari Kumpulan A, Selangor dan Kelantan (Kumpulan B) serta Felda United dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan D.

Peringkat suku akhir Piala Malaysia dijadual berlangsung mengikut format timbal balik pada 27 dan 28 Ogos serta 17 dan 18 September ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PDRM , PKNS FC , Piala Malaysia , slot suku akhir

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan