Bravo Selangkah Sertai City Dari Barcelona

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 8:40 AM

Claudio Bravo.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA mendedahkan mereka sudah memulakan rundingan dengan Manchester City berhubung perpindahan penjaga gol Claudio Bravo ke England.

Setiausaha Teknikal Barca, Robert Fernandez berkata: "Kami sedang menunggu proses itu berlaku minggu ini. Apabila Claudio pergi, kami berharap dapat mencari penjaga gol baharu."

Ketibaan penjaga gol Chile berusia 33 tahun itu akan meletakkan penjaga gol England, Joe Hart sebagai pilihan ketiga City dibawah pengurus baharu, Pep Guardiola.

Hart, 29, sedang mempertimbangkan untuk berhijrah ke kelab lain selepas digugurkan daripada skuad utama City.

Guardiola memilih untuk menurunkan Willy Caballero.

Bekas pengendali Barcelona itu pada Jumaat berkata Hart boleh meninggalkan City sekiranya dia mahu berbuat demikian.

Everton dan Sevilla dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Hart turut dilaporkan menolak untuk menyertai Sevilla atau kelab berpangkalan di Jerman, Borussia Dortmund yang turut dikaitkan dengannya.

Tags / Kata Kunci: Claudio Bravo , Barcelona , Manchester City

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan