Piala Malaysia: Kedah Sasar Elak Bertemu Felda

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 10:50 AM

Tan Cheng Hoe

(Ubah saiz teks)

KEDAH barhasrat untuk menamatkan saingan peringkat Kumpulan A Piala Malaysia di kedudukan pertama bagi mengelak daripada bertemu Felda United di peringkat suku akhir.

Berikutan itu, Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mahu anak didiknya menewaskan Sarawak dalam saingan peringkat kumpulan di Kuching.


Selain itu, skuad hijau kuning juga memerlukan kemenangan bagi meningkatkan semula moral pemain selepas tewas kepada T Team dalam perlawanan sebelum ini.

"Bukan mudah untuk kita mengatasi Sarawak di gelanggang mereka sendiri tetapi barisan pemain Kedah sudah tahu apa yang mereka perlu lakukan dan apa yang diharapkan oleh pegawai pasukan dan ribuan peminat setia.

"Bukan menang malah perlu dengan jaringan besar bagi memastikan kita tidak bertemu Felda United yang berada dalam keadaan terbaik pada musim ini.

"Kejayaan kita perlu diraih dengan sebanyak jaringan yang mampu dihasilkan dan kesemua pemain kita perlu beraksi dengan keyakinan dan kesungguhan mahu mencari keputusan yang mampu menjamin mereka menguasai Kumpulan A.

"Saya akan membarisan kesebelasan terbaik bagi memastikan kita mampu mencapai hasrat untuk meraih jaringan lebih daripada dua gol dan ini mampu dilakukan kalau mereka beraksi dengan kesungguhan dan kemahuan untuk mencapainya,” katanya kepada mStar Online.

Cheng Hie menambah, pada perlawanan di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu dua penyerang utama Kedah, Shane  Smeltz dan Thiago Augusto Fernandez gagal menepati sasaran walaupun hanya berdepan penjaga gol lawan tetapi mereka diyakini dapat beraksi lebih baik dalam perlawanan bertemu Sarawak.

"Saya yakin dengan kemampuan Augusto dan Smeltz untuk kembali mencatatkan nama sebagai penjaring pada perlawanan ini dan bukan sahaja mereka malah kesemua pemain mampu melakukannya dengan corak permainan yang kita amalkan.

"Penyerang kita hanya perlu memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol kerana ini akan membezakan sama ada kita mampu mencapai matlamat menjaringkan lebih dari dua gol ataupun sebaliknya.

"Ketika mencari gol barisan pertahanan juga perlu memperkemaskan permainan mereka bagi memastikan gawang kita sendiri tidak dibocori penyerang lawan. Kesemua pemain perlu beraksi dengan penuh perhatian selama 90 minit.

"Tidak ada jalan mudah untuk mencapai keputusan seperti yang diharapkan kecuali kerja keras," jelasnya.

Beliau juga mengharapkan penyokong Kedah yang berada di Sarawak untuk memberi sokongan kepada pemain dalam perlawanan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Felda United

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan