Christian Benteke Ke Crystal Palace Dengan Nilai £32 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 8:08 AM

Christian Benteke

(Ubah saiz teks)

CRYSTAL PALACE telah menandatangani perjanjian £32 juta  untuk Christian Benteke di mana urusan pemindahan itu akan menyaksikan Liverpool bakal menerima semula wang yang telah dibayar untuk penyerang mereka sebelum ini.

Palace membentangkan tawaran lebih baik untuk Benteke yang menjamin Liverpool akan menerima £27 juta, ditambah dengan £5 juta lagi tambahan yang realistik. lapor express.co.uk.


Liverpool telah membayar £32.5 juta kepada Aston Villa untuk pemain antarabangsa Belgium itu musim panas lalu.

Benteke kini dijangka akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan memuktamadkan beberapa terma peribadi.

Kejayaan dalam rundingan itu bagaimanapun telah berakhir dengan satu proses yang rumit yang telah berlarutan sepanjang musim panas.

Benteke yang menandatangani perjanjian di bawah Brendan Rodgers tidak pernah dimuatkan dalam senarai Jurgen Klopp untuk Liverpool.

Rodgers telah dipecat pada Oktober dan selepas itu Benteke mula berdepan kesukaran.

The Reds telah membawa masuk Sadio Mane musim panas ini dan sudah mempunyai Daniel Sturridge, Divock Origi, Danny Ings, Roberto Firmino dan Philippe Coutinho di bahagian serangan.

Mario Balotelli adalah lebihan pemain dan telah dikaitkan dengan Wolves minggu ini.

Benteke akan mencatatkan rekod dalam pembelian Palace.
Tags / Kata Kunci: Christian Benteke , Jurgen Klopp

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan