Leicester City: Kontrak Baharu Mahrez Buat Ranieri Lega

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

SPEKULASI perpindahan pemain tengah Leicester City, Riyad Mahrez yang timbul sebelum ini akhirnya tamat apabaila pemain itu bersetuju menyambung kontrak baharu bersama kelab juara ini sehingga tahun 2020.

Sebelum ini, Arsenal antara kelab yang cuba memancing pemain antarabangsa Albania itu selepas menjadi perhatian dalam skuad Claudio Ranieri musim lalu.

Walaupun turut menarik minat beberapa buah kelab Eropah yang lain, Mahrez akhirnya mengikat kontrak baharu bersama The Foxes.

Pemain berusaha 25 tahun yang berhijrah dari kelab kedua liga Perancis, Le Havre pada Januari 2014 telah mempamerkan aksi luar biasa yang melayakkannya meraih anugerah Pemain Terbaik PFA musim lalu.




Mahrez merekodkan 17 gol serta menjadi pembantu gol sebanyak sebelas kali musim lalu.

Kontrak baharu ini pastinya memberi kelegaan kepada Ranieri yang terdesak untuk mengekalkan pemain-pemain utamanya termasuk Jamie Vardy selepas kehilangan N'Golo Kante yang berhijrah ke Chelsea awal musim ini. 

Tags / Kata Kunci: Leicester City , Riyad Mahrez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan