Saingan Sengit JDT, Felda United

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 7:18 AM

Penjaga gol PDRM Willfred Jabun menepis bola tendangan pemain JDT Juan Martin Lucero pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persaingan merebut kejuaraan Liga Super semakin sengit selepas dua pasukan tangga teratas, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Felda United mencatat kemenangan selesa ke atas lawan masing-masing, malam Selasa.

JDT yang juga pendahulu liga serta juara bertahan, menang besar 4-0 ke atas Polis Diraja Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin hasil jaringan Juan Martin Lucero pada minit keenam dan 85' serta Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-10 dan masa kecederaan babak pertama perlawanan.

Felda United pula mengalahkan Pahang 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan hasil gol daripada Zah Rahan Krangar pada minit ke-39, Muhd Shukor Adan (minit ke-43) dan Francis Forkey Doe, selang empat minit kemudian.

Kedah pula memintas kedudukan Selangor di tangga ketiga liga selepas menang tipis 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dua gol skuad Lang Merah terhasil menerusi gol sendiri pemain Sarawak, Tommy Mawat Bada pada minit ke-64 dan sepakan penalti oleh Liridon Krasniqi pada minit ke-73 manakala Makeche Ndumba menyumbang gol tunggal untuk Sarawak pada minit ke-51.

Kelantan pula terus merekodkan kemenangan selepas menang tipis 3-2 ke atas Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Tiga gol skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dijaringkan oleh Wander Luiz Junior pada minit ke-18 dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ketujuh dan minit ke-77.

Dua gol pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Matias Cordoba pada minit ke-20 dan Ranti Martins pada minit ke-45.

Dalam pada itu, Selangor dan T-Team gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah hanya mengutip satu mata ketika berdepan lawan masing-masing.

Selangor seri 1-1 menentang Terengganu di Stadium Shah Alam manakala T-Team dan Perak seri tanpa jaringan pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. - BERNAMA





Tags / Kata Kunci: JDT , Felda United , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan