Menang 2-1, Kedah Ke Kedudukan Ketiga Liga Super

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 11:46 PM

Pemain pasukan Kedah, Bhang Seung Whan (kiri) mengawal bola sambil diasak oleh pemain pasukan Sarawak, Makeche Ndumba (kanan) pada perlawanan Liga Super antara Kedah menentang Sarawak di Stadium Darul Aman. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KEDAH berjaya mendaki ke kedudukan ketiga Liga Super selepas  menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Darul Aman, Selasa malam.

Anak didik Tan Cheng Hoe yang turun dengan misi memburu gol awal mula menyerang sejak awal permainan bagi memastikan kemenangan menjadi milik tuan rumah.

Malangnya usaha tersebut tidak membuahkan hasil apabila cubaan yang dilakukan jentera serangan skuad hijau kuning gagal membolosi gawang Sarawak.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga separuh masa pertama melabuhkan tirai.

Bersambung babak kedua, Kedah kembali mengatur serangan, namun Makache Dumba menjadi petualang apabila menjaringakan gol pertama Sarawak.

Gol pada minit ke-52 itu hadir menerusi serangan balas yang pantas oleh jentera serangan Sarawak.

Enggan mengaku kalah dengan gol itu, kesebelasan Kedah terus merancakkan serangan untuk menyamakan kedudukan.

Hasilnya memang tidak diduga apabila pertahanan Sarawak, J Parthiban menanduk masuk bola ke gawang sendiri ketika Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti dari kiri gawang pelawat pada minit k-64.

Bagi merealiasikan hajat untuk mengutip tiga mata penuh, kesebelasan Ledha menggandakan usaha memburu gol kemenangan.

Apa yang dicari mumcul pada minit ke-70 apabila Baddrol dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Sepakan penalti yang dihadiahkan berjaya disempurnakan oleh Liridon Krasniqi untik menjadikan kedudukan 2-1.

Dengan kemenangan itu, Kedah berjaya ke kedudukan ketiga Liga Super apabila Selangor sekadar mencatatkan keputusan seri ketika melayan kunjungan Terengganu di Shah Alam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan