Pemain Man City Sedang Ubah Taktikal Seperti Barcelona Dan Bayern Munich

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

KEVIN De Bruyne mengakui pemain Manchester City perlukan masa yang panjang untuk mengadaptasi corak permainan yang dituntut oleh Pep Guardiola.

City yang mendapat sentuhan Guardiola pada musim ini memulakan Liga Perdana Inggeris dengan langkah kanan apabila menang 2-1 ke atas Sunderland pada Sabtu.

Pasukan tersebut kemudian akan menentang Steaua Bucharest dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Daily Mirror melaporkan, Guardiola kini sedang mengubah taktikal City dengan menggunakan kaedah tekanan dan kawalan bola yang tinggi seperti yang diamalkan oleh Bayern Munich dan Barcelona.

De Bruyne yang menyertai City dengan yuran perpindahan sebanyak £54 juta dari Wolfsburg berkata, pemain kelab tersebut sedang megubah fikiran ke arah corak permainan Guardiola.

"Ada perubahan sedang dilakukan, tetapi semuanya ok. Dia ada taktiknya tersendiri, saya pula tidak bermain seperti nombor 10 tetapi lebih kepada nombor lapan dan bebas.

"Sekarang terdapat lebih banyak pergerakan ke mana-mana sahaja. Semua mula untuk memahami, sehinggakan kadang-kadang kami berfikir ke mana lagi untuk berlari.

"Untuk perlawanan pertama ia menjadi lebih baik daripada apa yang dituntut," kata De Bruyne.

Tags / Kata Kunci: Manchester City

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan