Jaringan Sendiri McNair Bantu Kemenangan City

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 8:50 AM

(Ubah saiz teks)

PADDY McNair menjaringkan gol sendiri dalam penampilannya untuk Sunderland sekali gus memberikan kemenangan 2-1 kepada Pep Guardiola yang memulakan tugas pertamanya sebagai pengurus Manchester City.

Guardiola mengetepikan penjaga gol England, Joe Hart dengan memilih Willy Caballero untuk aksi sepak mula saingan Liga Perdana Inggeris bagi musim baharu.

Awal perlawanan City lebih mendominasi permainan dan mendahului selepas empat minit sepak mula apabila Sergio Aguero menjaringkan gol menerusi penalti.

Namun selepas itu tiada gol dijaringkan ketika Sunderland yang dibimbing pengurus baharu, David Moyes bertahan dengan penuh disiplin di Stadium Etihad.

Usaha Sunderland berhasil pada minit ke-71 apabila Jermain Defoe menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pelawat pada minit ke-87 apabila sepakan penjuru Jesus Navas terkena McNair di kepala lalu bola tersebut menerjah gawang sendiri.

Senarai pemain:

Manchester City - Caballero, Sagna, Stones, Kolarov, Clichy, Fernandinho, Silva, Nolito, De Bruyne, Sterling, Aguero. Pemain gantian - Hart, Zabaleta, Fernando, Navas, Delph, Otamendi, Iheanacho.

Sunderland - Mannone, Love, van Aanholt, Kaboul, Kone, O’Shea, Rodwell, Gooch, Watmore, Borini, Defoe. Pemain gantian - Pickford, Djilobodji, Lens, McNair, Khazri, Asoro, Januzaj.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan