Piala Malaysia: Tan Cheng Hoe Lega

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAN Cheng Hoe mengakui lega apabila mengetahui status kecederaan yang menimpa pemain utamanya menjelang perlawanan menentang T Team dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.

Ketua jurulatih Kedah itu berkata, ketika mengemaskini status kecederaan pemain, hanya Hanif Mat Dzahir yang perlu diketepikan berikutan belum sembuh daripada kecederaan.

Berikutan itu, jelasnya, Kedah dapat membariskan kesebelasan utama terbaik bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad hijau kuning.

Walaupun Kedah berjaya memastikan kedudukan di peringkat suku akhir Piala Malaysia, namun barisan pemain diingatkan untuk mengekalkan momentum kemenangan dalam Kumpulan A.

"Kita mahu menghabiskan baki dua perlawanan dalam kumpulan A dengan kemenangan sebelum bertemu  pasukan di kedudukan kedua Kumpulan D di peringkat suku akhir nanti.

"Selain Hanif, saya dapat menggunakan semula khidmat Bang Seung Hwan, Thiago Augusto, Azmeer Yusof dan Arif Farhan. Ini akan dapat memantapkan kembali kemampuan kita," kataya kepada mStar Online.

Beliau menambah, kemampuan T Team pada perlawanan sebelum ini tidak boleh dipandang mudah kerana mereka sedang mempemerkan kebangkitan.

"Lawan kita kali ini sudah menunjukkan peningkatan setelah berjaya mengatasi Sarawak dalam  dua perlawanan. Oleh itu, pemain perlu menggandakan usaha mereka tanpa leka.

"Kita sudah berjaya menewaskan T Team dalam perlawanan sebelum ini, tetapi keadaan telah berubah dan pemain perlu berusaha bersungguh-sungguh sepanjang 90 minit permainan," tegasnya.

Cheng Hoe memberitahu, pemain juga diingatkan untuk menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk memberi tekanan kepada lawan dan menghasilkan gol.

"Di Stadium Darul Aman, pemain akan mendapat sokongan ribuan peminat setia, mereka adalah pemain ke-12 untuk kita berjuang.

"Saya akan memuktamadkan  kesebelasan utama yang bakal beraksi pada perlawanan ini pada petang Sabtu.

"Keputusan itu diambil selepas mendapatkan pandangan penolong jurulatih daripada pelbagai sudut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah , T Team

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan