Paul Pogba Digantung Dalam Perlawanan Pertama Man United

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 8:14 AM

Paul Pogba

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United akan turun tanpa pemain yang mencatatkan rekod perpindahan tertinggi dunia, Paul Pogba, dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth Ahad ini berikutan penggantungan, kata Persatuan Bola Sepak (FA), Jumaat.

Pogba menyertai United dengan nilai 89 juta pound (AS$115 juta) pada Selasa, tetapi perlu menunggu untuk membuat penampilan pertamanya selepas FA menamakan pemain antarabangsa Perancis itu sebagai salah seorang daripada empat pemain yang akan digantung untuk perlawanan pembukaan hujung minggu ini.

Penggantungan Pogba adalah hukuman terhadap tindakannya ketika bersama Juventus dalam kempen Coppa Italia musim lalu.


Pengurus Jose Mourinho hanya mengetahui tentang perkara ini  dua hari lalu.

"Saya tahu situasi apabila dilayangkan kad kuning tetapi saya tidak tahu bahawa pengumpulannya akan membawa kepada penggantungan," katanya kepada wartawan, Jumaat.

Walau dengan penggantungan itu, Mourinho tidak mungkin akan membenarkan pemain berusia 23 tahun itu membuat penampilan pertamanya kerana Pogba baru sahaja pulang bercuti baru-baru ini.


Rakan sepasukan Pogba yang baharu dalam United, Chris Smalling, pemain Tottenham Hotspur Mousa Dembele dan Robert Huth dari Leicester City adalah pemain lain yang akan terlepas perlawanan pertama hujung minggu ini kerana penggantungan.

Pogba kini sedang bersedia untuk membuat penampilan pertama bersama United dalam perlawanan pertama mereka di tempat sendiri musim ini menentang Southampton pada 19 Ogos.
Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , penampilan pertama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan