Cetus Kekecohan, Enam Penyokong Pahang Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 12:18 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Enam penyokong Pahang ditahan kerana disyaki mencetuskan kekecohan selepas tamat perlawanan Piala Malaysia antara Pahang dan Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur di sini, Jumaat malam.  

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan selain disyaki bertindak agresif selepas perlawanan itu tamat.  

"Mereka ditahan lebih kepada langkah pencegahan. Mereka bertindak agresif dan kita tahan mereka untuk siasatan jika mereka berada di bawah pengaruh barang terlarang atau tidak," katanya kepada pemberita.

Abdul Aziz berkata terdapat penyokong pasukan Tok Gajah yang membaling bom asap ke tepi padang pada minit ke-80 perlawanan, menyebabkan pengadil Fitri Maskon terpaksa menghentikan permainan untuk beberapa minit sehingga bom asap dipadamkan. 

Kekecohan juga berlaku selepas perlawanan tamat, dipercayai kerana mahu mendesak jurulatih Pahang Razip Ismail berundur dan polis mengambil masa selama kira-kira 15 minit untuk mengawal keadaan.  

Pada perlawanan itu Pahang menewaskan Kuala Lumpur 2-1 menerusi jaringan Claudio Andres Meneses pada minit ke-29, Jailton De Campos pada minit ke-63 manakala Leonardo Moreira menghasilkan gol tunggal pasukannya pada minit ke-46.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Penyokong pahang , kecoh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan