Adnan Januzaj Ke Sunderland Secara Pinjaman

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 8:00 AM

Adnan Januzaj

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Sunderland yang baharu David Moyes telah mengesahkan bahawa pemain sayap Manchester United Adnan Januzaj telah dipinjamkan kepada kelabnya untuk sepanjang musim ini.

Moyes memberikan peluang kepada Januzaj untuk beraksi dalam pasukan utama dalam tempoh singkatnya di Old Trafford, dengan pemain dari Belgium ini menjaringkan dua gol ketika pertama kali turun di Sunderland, pada Oktober 2013.

Januzaj, 21, menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk Moyes selepas kelab itu menandatangani pasangan United, Paddy McNair dan Donald Love.

"Adnan perlu datang dan melakukan sesuatu," kata Moyes.

"Dia akan memberikan kita variasi yang berbeza kerana dia boleh bermain dua atau tiga peranan berbeza, tetapi saya perlu memastikan dia kembali ke tahap seperti dua tahun lalu.

"Dia akan mendapat banyak peluang bersama kami dan saya percaya dia adalah salah seorang bakat muda terbaik yang pernah saya lihat, dia telah bersama dengan Wayne Rooney ketika berusia 18 tahun."

Tambahnya: "Saya tidak sabar untuk melihatnya di sini dan saya harap penyokong Sunderland dapat melihat siapa sebenarnya Adnan Januzaj, jadi kami akan memberikan segala peluang untuk dia membuktikannya pada tahun akan datang.

Kemudian, dalam satu sidang akhbar, pengurus Man United Jose Mourinho menegaskan bahawa dia masih melihat Januzaj mempunyai masa depan di Old Trafford, atas sebab itu dia hanya dipinjamkan bagi mendapatkan lebih banyak pengalaman.

"Dia mempunyai kesesuaian dalam perancangan saya, itulah sebabnya dia dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris," katanya.

"Jika dia tidak termasuk dalam rancangan saya maka kami tidak kisah tentang ke mana dia pergi. Jika dia tidak sesuai, kita tidak peduli, kita akan menghantarnya ke Dortmund.

"Kami ambil berat tentang dirinya dan berfikir bahawa dia seorang pemain berbakat. Saya mahu dia tahu tentang semua semua syarat yang diperlukan untuk membangunkan diri dan bermain dengan baik. Dia berada di tempat yang betul dengan pengurus yang sangat menyukainya. Mudah-mudahan segala-galanya berjalan dengan baik kerana kita mahu dia kembali."
Tags / Kata Kunci: Adnan Januzaj , David Moyes , pemain pinjaman

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan