Fosu-Mensah Setuju Kontrak Jangka Panjang Di Old Trafford

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 8:24 AM

Timothy Fosu-Mensah

(Ubah saiz teks)

TIMOTHY Fosu-Mensah secara dasarnya telah bersetuju untuk menandatangani kontrak jangka panjang baharu di Manchester United, lapor The Daily Mail.

Pemain berusia 18 tahun itu mempamerkan aksi mengagumkan dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah Louis van Gaal musim lalu dan merupakan salah seorang daripada beberapa bakat muda yang bakal diturunkan di bawah skuad bimbingan Jose Mourinho musim ini.

Walaupun pengurus Portugis itu telah menjanjikan peluang kepada beberapa pemain muda untuk membangunkan diri mereka di kelab itu, lapan pemain, termasuk Paddy McNair dan Ashley Fletcher telah meninggalkan kelab pada musim panas ini, dengan beberapa pemain lain tersedia untuk tawaran pinjaman.

Mourinho dilaporkan berminat untuk melanjutkan perjanjian selama empat tahun untuk pemain pertahanan berpotensi itu yang membuat penampilan pertamanya musim lalu selepas berpindah dari Ajax pada 2014.

Pengumuman mungkin dibuat seawal Jumaat.

United dijangka tidak akan menandatangani mana-mana pemain baharu pada musim panas, selepas ketibaan Paul Pogba yang mencatat perpindahan rekod dunia.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan