Malaysia Kekal Tangga Ke-167 Ranking FIFA

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 9:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketiadaan aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' sejak kebelakangan ini menyaksikan tiada perubahan kedudukan skuad Harimau Malaysia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan ranking bulan Ogos yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee kekal pada posisi ke-167 dunia iaitu kedudukan sama bagi Julai.

Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei) dan 173 pada Jun.

Dalam pada itu, Malaysia mengekalkan kedudukan ke-31 dalam kalangan 46 negara Asia.

Di peringkat ASEAN pula, Thailand menduduki tangga ke-120, Filipina (134), Vietnam (138) manakala Singapura dan Myanmar berkongsi posisi ke-158.

Dalam pada itu, kedudukan tiga pasukan teratas turut menyaksikan tiada perubahan dengan naib juara Copa America 2016, Argentina dan Belgium mengekalkan kedudukan di tangga pertama dan kedua, selepas masing-masing mengutip 1,585 dan 1,401 mata.

Wakil Amerika Selatan iaitu Colombia turut kekal di tempat ketiga dengan kutipan 1,331 mata.

Ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , ranking FIFA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan