Piala Malaysia: Selangor Catat Tiga Mata Walau Tanpa Zainal

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 8:03 AM

Pemain Selangor, Patrick Ronaldinho (kanan) cuba mengawal bola dari kaki pemain Pahang FC pada perlawanan Kumpulan B, Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, malam Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Stadium Shah Alam kembali ceria dengan sorakan penyokong-penyokong Selangor selepas kemenangan 3-0 ke atas Pahang pada aksi saingan Kumpulan B Piala Malaysia, Selasa malam.

Skuad Selangor turun beraksi tanpa jurulatih utama mereka, Zainal Abidin Hassan yang dipecat Ahad lalu berikutan penampilan hambar pasukan sebelum ini.

Bagaimana pun hatrik pemain Liberia, Patrick Ronaldinho yang bermula dengan sepakan penalti selepas Andik Varmansyah dijatuhkan Matthew  Davies pada minit ke-37.

Babak penguasaan Selangor berterusan pada separuh masa kedua dengan dua gol dari Ronaldinho (66',80').

Kemenangan ini turut memberi kelegaan kepada pengendali P.Gunalan yang mengambil alih tugas utama skuad Selangor sementara menggantikan Zainal Abidin.

Pungutan tiga mata penuh di laman sendiri ini meletakkan mereka kekal di tangga kedua kumpulan dengan tujuh mata, di belakang  Kelantan yang kelebihan tiga mata sekaligus menjadi antara pasukan terawal mara ke suku akhir selain daripada Kedah, Felda United dan juga PDRM.

Manakala skuad Tok Gajah di tangga tercorot selepas mencatat tiga kekalahan.

Senarai pemain:

Selangor: Khairul Azam, Azmi Muslim, Saiful Ridzuan, Nazmi Faiz, Bunyamin Omar, Mohd Rizal, S.Subramaniam, Gopinathan, Patrick Ronaldinho, 
S.Veenod.

Pahang: Helmi Eliza, Jailton de Carpos, Saifulnizam Miswan, Matthew Davis, Mohd Faisal Rosli, Faysal, Claudio, Salamon Raj, Kogileswaran, Pablo, Hilmi Husaini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan