Piala Malaysia: JDT Gagal Guna Kelebihan Di Laman Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 11:48 PM

Pemain Perak Muhammad Fikri Sudin (tengah) diasak dua pemain Johor Darul Takzim, Muhd Fazly Mazlan (kiri) dan Mohd Amirul Hadi Zainal pada perlawanan Piala Malaysia peringkat Kumpulan C, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Rabu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri1-1 berdepan Perak pada aksi keempat Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Rabu malam.

Keputusan seri itu, bagaimanapun menyaksikan Perak muncul pendahulu Kumpulan C menerusi kelebihan jaringan walaupun berkongsi tujuh mata dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada aksi di Larkin, kehadiran lebih 20,000 penyokong skuad Harimau Selatan nyata gagal memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah yang dikejutkan dengan jaringan pembukaan Perak menerusi sepakan percuma pemain import dari Uzbekistan,Oybek Kilichev seawal minit ketiga perlawanan.

Kapten JDT, Safiq Rahim berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-15 setelah menyempurnakan sepakan penalti, susulan percubaan pemain tuan rumah terkena tangan pemain pelawat.

Dalam pada itu, PKNS FC meraih kemenangan sulung dalam kempen Piala Malaysia setelah mengalahkan PDRM 1-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-28.

Gol berkenaan berpunca daripada sepakan percuma Mohd Nasrin Syamsulbahrin yang ditanduk Gonzalo Manuel Soto sebelum singgah kepada Shahurain yang tenang menewaskan penjaga gol PDRM, Muhammad Haziq Nadzli.

PDRM ditimpa nasib malang selepas Abd Latiff Suhaimi dilayangkan kad merah oleh pengadil Syed Azhar Syed Kamar pada penghujung babak kedua perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua.

Pendahulu Kumpulan A dan B, masing-masing Kedah dan Kelantan menjadi dua pasukan terawal mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia selepas mengutip 10 mata walaupun masih berbaki dua perlawanan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , JDT , Perak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan