Man United Akan Dibenci Kerana Jose Mourinho - Phil Neville

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

PHIL Neville percaya kehadiran Jose Mourinho yang mermpunyai sikap 'kejam' akan menjadikan Manchester United sebuah pasukan yang paling dibenci di Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain tengah di bawah kendalian Alex Ferguson itu yakin sikap 'kejam' Mourinho juga bakal memulihkan reputasi United sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, sikap Mourinho yang tidak disenangi pesaingnya akan membuatkan musuh lebih bimbang untuk berdepan skuad berkenaan pada musim ini.

"Saya tidak gembira untuk beberapa musim lalu apabila ramai orang (musuh) ketawakan kami.

"Apabila bermain di Old Trafford lawan tidak lagi gerun. Tetapi sekarang gerun itu akan kembali.

"Saya mahu kita dibenci sekali lagi. Saya mahu musuh membenci United. Mereka perlu berdengki kepada United kerana sikap itu telah hilang sejak beberapa tahun lalu.

"Ramai musuh berkata United gagal menarik pemain berkelas dunia tetapi sekarang mereka telah membuktikan.

"Terbukti, kelab ini mempunyai dana yang hebat dan telah melakukan yang terbaik," jelasnya kepada Sportsmail.

Aura kegemilangan United sehingga menjadi kelab dibenci di Liga Perdana Inggeris pupus apabila Ferguson bersara pada 2013.

David Moyes dan Louis van Gaal yang mengambil alih juga gagal membentuk semula kelab berkenaan.

Bagaimanapun pelantikan Mourinho dijangka dapat membawa kegemilangan berkenaan kerana dia pernah memenangi Piala Liga Perdana Inggeris ketika musim pertama bersama Chelsea.

Kejayaan itu dibuktikan sebanyak dua kali.




Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan