Guardiola Buat 'Pembersihan' Pemain-Pemain Lama

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 12:41 PM

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola kini sedang melakukan 'pembersihan' bagi pembentukan skuad baharunya semenjak tiba di Manchester City bulan lalu.

Bekas pengurus Bayern Munich itu ternyata tidak lagi mahu menggunakan pemain-pemain lama dan memastikan ianya selesai sebelum jendela perpindahan pemain berakhir hujung bulan ini.

Guardiola yang mengambil alih posisi Manuel Pellegrini di Stadium Etihad telah menggunakan pelaburan 90 juta pound untuk membeli pemain-pemain yang menjadi pilihannya.

Antara pemain terbaharu dijangka tiba di Manchester City minggu ini adalah John Stones dari Everton yang menjadi muka baharu yang kelapan di bawah pengurusan Guardiola.

John Stones


Menurut laporan Mail Online, Guardiola juga dilaporkan buntu  mencari pembeli bagi pemain-pemain seperti Wilfried Bony, Samir Nasri, Jesus Navas dan Eliaquim Mangala.

Nasri (kanan) berdepan dengan kenaikan berat badan selepas musim cuti panjang.

Guardiola,45, berharap dapat menggantikan Mangala dengan Stones, tetapi pemain pertahanan itu masih belum rasmi tiba di City.

Dalam pada itu, Guardiola juga berdepan dengan masalah pertahanan tengah apabila Vincent Kompany masih mencari tahap kecergasan selepas dibelenggu kecederaan manakala Nicola Otamendi juga cedera.

Bagaimana pun Tosin Adarabioyo dilihat berpotensi untuk memulakan barisan utama menjelang pra musim bertemu Sunderland Sabtu ini. 

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Manchester City

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan