De Boer Dilantik Ketua Jurulatih Baharu Inter Milan

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

FRANK de Boer secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Inter Milan menggantikan Roberto Mancini.

Pengendali dari Belanda berusia 46 tahun itu bakal diuperkenalkan secara rasmi pada sidang media kelab pada Selasa petang.

De Boer dipilih menggantikan Mancini yang meletak jawatan dengan persetujuan bersama kelab selepastidak sependapat  dengan ahli lembaga kelab.

De Boer dilaporkan menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk membawa Nerazzurri ke puncak liga seperti yang diidamkan oleh pemilik baharu, Suning Holdings.

Bekas penyerang Belanda yang meninggalkan posisinya di Ajax pada Mei lalu berkata: "Hello, penyokong-penyokong Inter, saya sangat gembira berada di sini dan berharap dapat bertemu dengan anda tidak lama lagi."

Sebelum itu ketika berada di lapangan terbang De Boer memberitahu: "Saya berharap dapat mencapai banyak kejayaan di sini. Saya akan berjumpa anda pada sidang media nanti".

Sebelum ini, De Boer dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Everton dan Sunderland sebelum diisi Ronald Koeman dan Claude Puel.

De Boer bakal memulakan tugas pertamanya dengan membawa skuad bertemu Borrusia  Monchengladbach di Ancona pada Rabu malam, sebelum menentang Celtic di Limerick sebagai persiapan dalam saingan Serie A yang bermula 21 Ogos ini.

Tags / Kata Kunci: FRANK de Boer , Inter Milan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan