Tamat Kontrak Jurulatih Untuk Pulih Prestasi Selangor - MB

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 1:58 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penamatan serta merta kontrak Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih Selangor mulai semalam dibuat selepas mengambil kira prestasi keseluruhan pasukan dan bukan atas faktor kewangan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata tindakan proaktif itu terpaksa diambil bagi memastikan prestasi The Red Giants yang cukup digeruni sebelum ini dapat dipertahankan.

"Tindakan ini berdasarkan merit dan mengambil kira prestasi pasukan, budaya dan sikap yang ditunjukkan pemain sejak awal musim.

"Inilah masalah sebenarnya, tindakan mesti diambil dan saya perlu lakukannya bagi memastikan prestasi baik pasukan dapat dikembalikan," katanya kepada media.

Beliau merasmikan majlis pecah tanah Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Stesen Pam Air Mentah (SPAM), Kampung Jenderam Hilir, di sini, Isnin.

Mohamed Azmin berkata walaupun secara keseluruhan prestasi pasukan 'Merah Kuning' itu belum dikelaskan sebagai merudum tetapi tindakan perlu dilakukan demi kebaikan jangka panjang.

Beliau berkata komitmen dalam meningkatkan kembali pasukan Selangor tidak akan terhenti setakat menamatkan tugasan Zainal Abidin sebaliknya akan disusuli dengan beberapa pengumuman penting selepas ini.

Pada Ahad, FAS dilapor menamatkan kontrak Zainal Abidin oleh Mohamed Azmin yang  mengambil kira prestasi hambar pasukan Selangor kebelakangan ini dan tempatnya akan digantikan oleh pembantunya K. Gunalan.

Gunalan akan mengemudi Selangor bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia sehingga calon sesuai dikenal pasti.

Tags / Kata Kunci: Selangor , Liga Super

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan