Pogba Bakal Jalani Ujian Kesihatan Di United Pada Isnin

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 7:20 AM

Paul Pogba meninggalkan Old Trafford pada Julai 2012.

(Ubah saiz teks)

POGBA dilaporkan akan menjalani ujian kesihatan di Manchester United pada Isnin selepas kelabnya Juventus memberi lampu hijau sekali gus bakal mencatat perpindahan rekod dunia sekiranya ia menjadi kenyataan.

Isu perpindahan Pogba ke United bertiup kencang beberapa bulan ini yang menawarkan nilai perpindahan tertinggi dunia berjumlah 100 juta pound (RM535.72 juta).

Bagaimanapun pengurus Juventus, Massimo Allegri enggan mengulas lebih lanjut mengenai laporan tersebut walaupun pihak kelab secara rasmi telah memberi kebenaran kepada beberapa doktor pasukan United untuk menjalani pemeriksaan ke atas pemain tengahnya itu.

Allegri berkata: "Saya telah berbincang mengenai Pogba beberapa hari lalu, namun tidak banyak yang saya ketahui mengenainya (perpindahan). Kita tunggu sahaja sama ada Isnin ini dia masih menjadi pemain Juventus atau tidak".

Pogba juga dikatakan bakal menyarung jersi bernombor 6 dengan perjanjian kontrak selama lima tahun di United dengan jumlah gaji 290,000 seminggu.

Dalam pada itu #POGBACK turut dimuat naik di laman rasmi Instagram milik Manchester United.

Bintang Perancis berusia 23 tahun itu merupakan bekas pemain United sebelum ini dan meninggalkan Old Trafford pada Julai 2012 selepas Sir Alex Ferguson enggan menyambung kontraknya ketika itu.

Sebagai rekod, nilai perpindahan tertinggi dunia sebelum ini dipegang oleh Gareth Bale apabila Real Madrid bersetuju membayar kepada Tottenham sebanyak 86 juta pound untuk mendapatkannya.
Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Juventus , Massimo Allegri

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan