Frank de Boer Ganti Roberto Mancini Sebagai Pengurus Inter Milan

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 9:23 AM

Frank de Boer

(Ubah saiz teks)

FRANK de Boer telah mengambil alih jawatan sebagai pengurus Inter Milan apabila pemilik kelab ini bertindak memecat Roberto Mancini, dua minggu sebelum bermulanya musim Serie A.

Inter dibelasah 1-6 oleh Tottenham dalam perlawanan persahabatan di Oslo pada Jumaat, menyebabkan pemilik kelab, yang juga pemilik Suning Holdings Group menamatkan tempoh perkhidmatan Mancini di San Siro selepas dua tahun.

Roberto Mancini

De Boer telah memenangi Liga Belanda, Eredivisie sebanyak empat kali dalam tempoh enam tahun sebagai pengurus Ajax dari tahun 2010 sebelum meletakkan jawatan pada akhir kempen 2015/16 selepas terlepas satu lagi gelaran liga ke atas PSV Eindhoven.

Pengurus berusia 46 tahun ini yang telah dikaitkan dengan kekosongan di Everton dan Southampton sepanjang musim panas, akan ditugaskan untuk memulihkan Inter sebagai kuasa utama dalam bola sepak Itali dan Eropah oleh pemilik Cina kelab ini.

Suning Holdings Group, yang juga mengawal kelab Liga Super di China, Jiangsu Suning, memperoleh majoriti saham dalam kelab gergasi Itali itu pada bulan Jun dan berikrar untuk 'membantu mengembalikan zaman kegemilangan Inter Milan dan menjadi lebih kuat, menarik perhatian bintang-bintang bola sepak dunia.'

Ini adalah kali pertama De Boer berkhidmat di luar Belanda, tempat asalnya.

Sebelum menjadi pengurus, De Boer adalah pemain pertahanan yang membuat lebih 300 penampilan untuk Ajax pada 1988-1999 sebelum menyertai Barcelona.

Dia telah menghabiskan masa selama empat tahun di Nou Camp dan memenangi La Liga.

Dia juga pernah bersama Galatasaray dan Rangers pada tahun 2003 dan 2004  yang menemukannya dengan saudara kembarnya Ronald di Ibrox sebelum menamatkan kerjayanya di Qatar.

De Boer juga memenangi 112 gelaran bersama Belanda dan menjadi kapten mereka pada Piala Dunia 1998 dan Euro 2004.

Inter menduduki tempat keempat dalam Serie A musim lalu di bawah bimbingan Mancini.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan