JDT Lebarkan Penguasaan Saingan Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 12:00 AM

Pemain JDT Pereyra Diaz (dua,kanan) berjaya menjaringkan gol untuk JDT dalam perlawanan Liga Super di antara Perak dengan JDT di Stadium Perak malam Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melebarkan penguasaan dalam saingan Liga Super 2016 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh malam Sabtu.

Gol kemenangan skuad Harimau Selatan itu adalah menerusi pemain import, Jorge Pereyra Diaz dari Argentina pada minit ke-15, dan keputusan itu meletakkan JDT di persada liga dengan 43 mata. 

Perak pula turun di kedudukan keenam liga dengan 20 mata. 

Felda United pula kekal di kedudukan kedua liga dengan 39 mata, apabila terpaksa berhempas pulas sebelum seri 2-2 menentang Terengganu di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka yang menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu mendahului 2-0.

Gol Terengganu dijaringkan Issey Morgan Nakajima-Farran pada minit ketujuh dan Ashari Samsudin (minit ke-60), sebelum Felda United berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Zah Rahan Krangar (minit ke-71) dan Ahmad Syamim Yahya (minit ke-88). 

Kedudukan Selangor juga tidak berubah di tempat ketiga dengan 26 mata, walaupun tewas 0-1 kepada Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, menerusi jaringan pemain import, Bang Seung-Hwan pada minit ke-47.

Kedah mengekori rapat skuad Gergasi Merah dengan 25 mata di tangga keempat diikuti Kelantan yang naik ke tangga kelima dengan 21 mata, selepas menang 2-0 menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baru.

Kelantan memperoleh gol menerusi Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-65) dan Wander Luiz Junior (minit ke-89). Kekalahan T-Team itu menyaksikan pasukan berkenaan jatuh di tangga kelapan liga dengan 19 mata.

Sementara itu, Pulau Pinang naik dua anak tangga untuk berada di kedudukan kesembilan dengan pungutan 18 mata selepas cemerlang menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Gol Pulau Pinang dijaringkan oleh Muhamad Faizat Mohd Ghazli pada minit ke-14 dan S. Kumaahran (minit ke-83).

Pahang terus berada di kedudukan tercorot liga apabila tewas 0-1 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), hasil jaringan pemain import Guilherme De Paula pada minit ke-71. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan