Pelaku Insiden Keganasan Di Stadium Perak Perlu Diambil Tindakan Segera

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 6:28 PM

Penyokong JDT dan Perak membaling objek selepas tercetusnya pergaduhan setelah tamat perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Football Malaysia Liability Limited Partnership (FMLLP) memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan yang berlaku selepas perlawanan Liga Super antara pasukan Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu malam.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Persatuan Bola sepak Negeri Perak (Pafa) berhubung perkara itu.

Laporan media semalam melaporkan sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar NSTP cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak di sini Sabtu malam.

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super.

"Sejak insiden keganasan di Stadium Selayang sebelum ini, FMLLP telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat termasuk dari pihak berkuasa dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku keganasan ini.

Selama ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selalu mengingatkan FMLLP bahawa mereka mahu terlibat secara langsung di dalam bahagian integriti dan keselamatan.

Jadi, kami berharap bahawa Jawatankuasa Keselamatan FAM akan membantu untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang dalam Liga Malaysia," kata Kevin dalam satu kenyataan hari ini.

FMLLP juga menerima laporan bahawa seorang petugas media diserang dan kamera telah dicuri. 

Katanya semua maklumat dan rakaman video yang diterima akan dimajukan ke pihak berkuasa dan mengesyorkan supaya tindakan mesti diambil kepada mereka yang bersalah.

Bagaimanapun, FMLLP berharap petugas media mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelak sebarang kecelakaan menimpa.

FMLLP juga akan mengkaji serta memperkemaskan protokol keselamatan media dan berharap ianya akan diikuti oleh petugas media di masa hadapan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: FMLLP , Stadium Perak , JDT

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan