Pertemuan Khairy Dan FAM Bukan Campur Tangan Kerajaan - AFC

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 7:22 PM

Windsor Paul John

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berhubung kemelut yang melanda badan induk bola sepak negara itu tidak boleh ditafsirkan sebagai campur tangan pihak ketiga.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul John berkata perbincangan antara pihak FAM dan Khairy bukan campur tangan kerajaan kerana FAM masih bebas berfungsi seperti biasa.

"(Campur tangan kerajaan) buat masa ini belum lagi, kita melihat itu sebagaisatu nasihat daripada menteri kepada FAM, seperti Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) dalam laporan media semalam, berkata keputusan masih di tangan FAM. Itu yang penting," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis memperingati bekas Setiausaha Agung AFC mendiang Datuk Seri Paul Mony Samuel, di sebuah hotel pada Ahad.

Pertemuan Khairy dan FAM baru-baru ini, adalah perbincangan mengenai formulabaharu bagi memulihkan prestasi bola sepak negara.

Windsor berkata AFC akan bertindak jika FAM atau anggota gabungan FAM menghantar laporan bahawa badan induk itu tidak boleh berfungsi secara bebas.

"Bila kita katakan tentang campur tangan pihak ketiga, tidak kira kerajaan atau orang lain, kita harus lihat adakah laporan daripada pihak yang terlibat.

"Kalau setakat perbincangan memberi nasihat itu susah untuk kita buat kesimpulan. Buat masa ini, kita sedang memantau perkembangan FAM. Setakat ini tiada laporan daripada FAM, cuma kami baca daripada laporan media," katanya.

Windsor turut menjelaskan bahawa mengenakan hukuman penggantungan terhadap sesebuah badan induk bola sepak itu bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana pihaknya akan meneliti semua laporan diterima sebelum dihantar kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Sepertimana kita lakukan dengan Indonesia dan Kuwait serta beberapa negaralain, pertama kita akan minta laporan terperinci daripada badan induk masing-masing...apa yang berlaku dan bagaimana kita boleh tafsirkan itu sebagai campur tangan.

"Contohnya, campur tangan bermaksud FAM tidak boleh berfungsi secara satubadan bebas mengikut statut mereka dan dipaksa oleh pihak ketiga untuk membuat perkara lain daripada statut, jadi itu satu campur tangan," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , Khairy Jamaluddin , AFC

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan