West Brom Setuju Jual Kelab Kepada Kumpulan Pelaburan China

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

PENGERUSI West Bromwich Albion, Jeremy Peace bersetuju untuk menjual kelab itu kepada sebuah kumpulan pelaburan China yang diterajui ahli perniagaan, Guochuan Lai.

Bekas Pengerusi Blackburn Rovers, John Williams mengambil alih kelab itu sebagai pengerusi berkuatkuasa serta-merta dengan Peace kekal sebagai penasihat bagi musim 206-2017.

"Ia akan menjadi satu penghormatan untuk menjadi pemilik baharu kelab ini.

"Saya tidak berhasrat untuk menukar budaya kelab atau mengeluarkan satu perbelanjaan besar yang tidak mampan.

"Saya mahu menjadi pemilik yang berhemah dan melabur dalam kelab ini untuk jangka masa yang panjang," kata pemilik baharunya, Lai dalam satu kenyataan di laman web West Bromwich.

Pengambilalihan itu telah dipersetujui pada Jun lalu tetapi masih tertakluk kepada kelulusan Lembaga Kelakuan Kewangan dan Liga Perdana.


Tags / Kata Kunci: West Brom , Liga Perdana Inggeris

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan