Liga Juara-Juara: City Diundi Jumpa Steaua Bucharest

Diterbitkan: Jumaat, 5 Ogos 2016 8:06 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City diundi bertemu Steaua Bucharest pada aksi play off Liga Juara-Juara.

City menduduki tangga keempat saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi kini dikendalikan Pep Guardiola yang diharap mampu menghadiahkan lebih banyak trofi kemenangan ke Stadium Etihad.

Pengarah Sukan City Txiki Begiristain menyifatkan undian agak sukar kerana Steaua mempunyai ramai pemain hebat dan menyerlah di peringkat Eropah.

Dalam undian berasingan, Porto akan menentang Roma manakala Monaco diundi bertemu Villarreal.

Sementara itu, juara Liga Scotland, Celtic pula akan bertemu Hapoel Beer-Sheva selepas menundukkan Astana pada pusingan kelayakan terdahulu. Hapoel, pasukan dari Israel mengatasi Olympiacos dengan agregat 1-0 pada pusingan kelayakan.

Kelab Ireland, Dundalk pula diundi menentang juara 11 kali Liga Poland, Legia Warsaw.

Dundalk masih boleh melayakkan diri ke pusingan kumpulan Liga Juara-Juara meskipun mereka tewas pada aksi play off ini selepas mencatatkan kemenangan ke atas BATE Borisov di pusingan kelayakan.

Saingan play off pertama akan diadakan pada 16 dan 17 Ogos manakala aksi timbal balik pada 23 dan 24 Ogos ini.

Juara pusingan play off itu akan mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara manakala pasukan yang tewas akan beraksi pada Liga Europa.

Senarai undian: 

Ludogorets Razgrad (Bulgaria) lwn FC Viktoria Plzen (Republik Czech)

Celtic (Scotland) lwn Hapoel Beer-Sheva (Israel) 

FC Copenhagen (Denmark) lwn Apoel Nicosia (Cyprus)

Dundalk (Republik Ireland) lwn Legia Warsaw (Poland) 

Dinamo Zagreb (Croatia) lwn FC Salzburg (Austria)

Steaua Bucharest (Romania) lwn Manchester City (England)

FC Porto (Portugal) lwn Roma (Itali)

Ajax (Belanda) lwn Rostov (Rusia) 

Young Boys (Switzerland) lwn Borussia Monchengladbach (Jerman) 

Villarreal (Sepanyol) lwn Monaco (Perancis)

Tags / Kata Kunci: Manchester City , play off , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan