Man City Meterai Kontrak £27j Untuk Gabriel Jesus - Bola Sepak | mStar

Man City Meterai Kontrak £27j Untuk Gabriel Jesus

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 9:20 AM

Gabriel Jesus. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City memeterai perjanjian bernilai £27 juta bagi mendapatkan pemain Gabriel Jesus daripada Palmeiras.

Pemain berusia 19 tahun itu akan menyertai kelab inggeris itu pada Januari depan dengan kontrak sehingga 2021.

Walaupun Manchester City tidak menyatakan jumlah bayaran yang dibuat bagi mendapatkan pemain itu, tetapi dilaporkan bahawa nilai awal adalah £27 juta dengan beberapa penambahan.

"Manchester City merupakan salah satu kelab terbaik di dunia, jadi saya amat gembira untuk memeterainya," kata Jesus kepada laman web rasmi kelab itu.

"Kita mempunyai ramai bakat hebat di dalam pasukan dan pengurus yang bagus, Pep Guardiola... yang banyak saya boleh pelajari.

"Saya tidak sabar untuk menunjukkan kepada penyokong Manchester City bahawa saya boleh melakukannya dan saya fikir kita akan mempunyai masa depan yang baik," katanya.

Jesus menjaringkan 26 gol dalam 67 perlawanan bersama Palmeiras dan dijangka mewakili Brazil untuk sukan Olimpik akan datang. - eurosport

Tags / Kata Kunci: Gabriel Jesus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan