Manchester City Ikat Kontrak Lima Tahun Bersama Leroy Sane

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 7:58 AM

Leroy Sane

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City telah menandatangani perjanjian lima tahun bersama Leroy Sane dari Schalke dengan nilai awal £37 juta.

Termasuk tambahan bayaran lain, Pep Guardiola dan City mungkin akan membayar sehingga £41.5 juta untuk pemain antarabangsa Jerman itu.

Bercakap mengenai perpindahannya, Sane, yang akan memakai jersi no 19 itu berkata: "Perasaan saya begitu baik, saya gembira berada di sini dan gembira kerana semuanya menunjukkan hasil. Sekarang saya boleh menetap di sini, di Manchester dan bermain untuk City.

"Salah satu sebab saya mengambil keputusan untuk menyertai City adalah Pep Guardiola, dia meyakinkan saya untuk datang ke sini dan saya boleh terus maju. Saya tahu saya dapat banyak belajar di bawahnya dan kini saya boleh mengambil langkah seterusnya dalam kerjaya saya.

"Saya mengikuti Pep di Barcelona dan Bayern di mana dia membuat banyak pencapaian dan bekerja dengan sangat baik bersama pemain muda.

"Saya fikir dia boleh menjadikan saya menjadi seorang pemain yang lebih lengkap. Saya rasa saya perlukan sedikit masa untuk memulakannya kerana liga ini berbeza dan terdapat gaya permainan berbeza tetapi saya rasa saya boleh menyesuaikan diri dengan cepat," lapor mirror.co.uk


Sane, yang dinilai sebagai salah seorang bakat baharu yang menyerlah di Eropah, telah mencapai kemajuan yang pesat sejak memulakan kerjaya profesionalnya pada April 2014,  termasuklah menjaringkan gol kemenangan Schalke di Real Madrid.

Dia membuat 42 penampilan untuk kelab itu musim lalu, menjaringkan sembilan gol. Dia turut dimasukkan dalam pasukan kebangsaan Jerman dan merupakan pemain untuk skuad mereka di Euro 2016.

Mengenai pengambilan terbaharu ini Guardiola berkata: "Dia adalah bakat istimewa dan seorang pemain yang menarik yang saya fikir akan membuatkan penyokong kami terhibur dengan aksinya.

"Dia mempunyai keupayaan teknikal yang besar, selesa dengan bola dan banyak yang dapat dikagumi tentang cara dia bermain bola sepak.

"Dia pantas, gemar mewujudkan peluang untuk orang lain, bekerja keras untuk pasukan dan juga menjaringkan gol. Dia juga mempunyai sikap yang sangat positif, sesuai dengan dengan skuad kami.
Tags / Kata Kunci: Leroy Sane , Pep Guardiola

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan