Kedah Mahu Kekal Di Kedudukan Keempat Liga

Diterbitkan: Rabu, 3 Ogos 2016 8:43 AM

Tan Cheng Hoe

(Ubah saiz teks)

KEDAH berpeluang untuk kekal di kedudukan keempat Liga Super jika berjaya menewaskan Pahang di Stadium Darul Aman pada Rabu malam.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, oleh itu pemain perlu memastikan tiga mata menjadi milik skuad itu jika mahu berada di kelompok empat teratas liga.

Menurutnya, kemenangan ke atas Pahang bukan saja penting untuk kekalkan kedudukan, tetapi adalah kebangkitan selepas tewas dalam perlawanan sebelum ini.

“Perlawanan ini bukan mudah untuk kita kerana moral pemain Pahang berada dalam keadaan tinggi selepas mereka berjaya menewaskan juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor di laman sendiri.

"Setelah kalah dan seri  pada dua perlawanan lalu kini sudah tiba masa untuk barisan pemain bangkit memastikan tiga mata penuh bukan sahaja untuk mengekalkan tempat keempat malah mengembalikan keyakinan ribuan peminat setia pasukan.

“Untuk rekod, Pahang berjaya menewaskan kita pada perlawanan pusingan pertama liga di Stadium Darulmakmur dan ini perlu menjadi peringatan kepada pemain untuk mereka menggandakan usaha dan beraksi dengan kemahuan untuk meraih kemenangan,” katanya kepada mStar Online.

Beliau menambah, skuadnya tidak dapat membariskan dua tonggak bahagian tengah pada perlawanan ini kerana kecederaan dan layangan kad merah.

"Amirul Hisyam Awang Kechik masih di belenggu kecederaan dan dia sudah pasti terpaksa diketepikan manakala Liridon Krasniqi yang menerima kad merah setelah dua kad kuning di layangkan pada perlawanan liga lalu akan menjalani hukuman pergantungan satu perlawanan.

“Saya yakin kita memiliki kemampuan untuk meraih mata penuh pada perlawanan malam ini dengan semangat juang yang tinggi di kalangan pemain.

“Sekali lagi saya mahu mengingatkan  barisan pemain bahawa semangat juang yang tinggi serta kesungguhan mahu meraih kemenangan akan membantu mereka mengatasi lawan.

"Jangan lakukan kesilapan dan ambil mudah dalam tempoh 90 perlawanan itu nanti. Sempurnakan peluang yang dengan sebaiknya untuk mendapatkan jaringan," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan